Temuduga
merupakan sesuatu yang agak mendebarkan bagi yang kali pertama diuji,
untuk menjadikan temuduga lebih lancar, persediaan awal perlu untuk
mengelak sebarang masalah semasa ingin menghadiri temuduga. Di bawah
disediakan sedikit tips persediaan awal menghadiri temuduga.
• Pastikan
anda mengetahui masa temuduga dan tiba awal 15-20minit sebelum temuduga
bermula. Hal ini penting bagi member peluang kepada calon untuk
memastikan diri telah sampai ditempat yang betul dan mempunyai
penampilan diri yang baik.
• Sediakan dan bawa bersama salinan resume, dokumen diri dan sijil-sijil persekolahan sebaiknya disusun kemas.
• Penting
untuk mengetahui maklumat mengenai syarikat di mana terdapatnya
kekosongan jawatan ataupun mengenai institusi yang dimohon. Kajian perlu
dibuat berkenaan maklumat tentang syarikat/institusi, perkhidmatan/
subjek pendidikan, produk, pelanggan/output dan sebagainya. Maklumat
boleh didapatkan dengan menghubungi syarikat, bahan rujukan , laporan
tahunan, laman web universiti/syarikat bekenaan.
•Ramalkan
soalan biasa ditanya oleh panel penemuduga dan sediakan jawapan serta
berlatih menjawab soalan bekenaan. Cuba juga dapatkan bantuan rakan atau
ahli keluarga untuk mendapatkan suasana hampir sama ditemuduga.
Semoga bermanfaat
0 comments:
Post a Comment