RESUME
Apa itu Resume?
Resume
merupakan perantara bertulis yang mengandungi maklumat peribadi,
kelayakan akademik, kebolehan dan pengalaman bekerja. Cara penyampaian
hendaklah ringkas, padat dan menarik.
Perbezaan Resume dengan Curriculum-Vitae (CV)
Kandungan CV lebih terperinci yang mengandungi maklumat peribadi, latar
belakang akademik, kemahiran, penerbitan, projek, anugerah,
kajian-kajian yang dijalankan beserta pengalaman kerja yang terperinci
dan panjang. Biasanya bersesuaian dengan pekerja yang ingin meningkatkan
kerjaya dan golongan profesional.
Jenis-jenis Resume
Terdapat beberapa jenis Resume yang selalu digunakan untuk tujuan
memohon kerja. Bergantung kepada keperluan masing-masing, anda bolehlah
memilih untuk menggunakan sama ada Choronological Resume, Functional
Resume ataupun Combination Resume.
Chronological Resume
Chronological resume adalah struktur resume yang tradisional. Seksyen
pengalaman menjadi fokus kepada jenis resume ini. Setiap pekerjaan (atau
beberapa pekerjaan yang terakhir) diterangkan secara terperinci, dan
tiada seksyen major tentang kemahiran dan pencapaian pada permulaan
resume. Resume ini biasa digunakan apabila seseorang itu melakukan
pekerjaan yang sama, jenis pekerjaan yang sama dan bidang yang sama. Ia
juga digunakan didalam bidang perundangan dan akademik. Adalah
disarankan bahawa jenis resume ini disertakan dengan objektif dan
kesimpulan, supaya menjadi fokus untuk bacaan majikan.
Functional Resume
Functional Resume lebih memfokus ke arah kemahiran dan pengalaman anda
berbanding berapa banyak jawatan yang telah anda pegang. Ia kerap
digunakan oleh mereka yang ingin bertukar kerjaya atau sudah lama tidak
bekerja.
Combination Resume
Combination Resume menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda terlebih
dahulu. Seberapa banyak pekerjaan yang telah anda lakukan akan
disenaraikan kemudian. Dengan resume jenis ini, anda boleh
mengetengahkan kemahiran yang berkaitan dengan kerja yang dipohon, dan
juga menyediakan maklumat tentang sejarah pekerjaan anda mengikut
keperluan majikan.
Penyediaan Resume yang berkesan
Jangan ambil mudah di dalam menyediakan resume anda. Kegagalan seseorang
calon untuk menyediakan resume yang berkesan boleh menyebabkan anda
gagal dipanggil temuduga. Antara tip-tip penyediaan resume yang berkesan
adalah seperti berikut :
KLIK GAMBAR
Kesilapan dalam penyediaan Resume
Kebanyakan calon tidak menyedari tentang kesilapan yang sering dilakukan
di dalam penyediaan resume. Antara kesilapan yang sering dilakukan
ialah :
KLIK GAMBAR
PERHATIAN :
MAJIKAN BIASANYA HANYA MELUANGKAN MASA YANG
SINGKAT UNTUK MENELITI RESUME ANDA SEPINTAS LALU UNTUK DISENARAI PENDEK
SEBAGAI CALON YANG INGIN DIPANGGIL TEMUDUGA.
Surat Iringan Resume
Sekiranya calon membuat permohonan secara bertulis dengan menghantar
resume kepada majikan, sebaik-baiknya hendaklah disertakan dengan surat
iringan yang ringkas dan padat. Walaubagaimanapun, maklumat di dalam
surat tidak boleh bertindih dengan maklumat dalam resume.
0 comments:
Post a Comment