Ketika menghadiri sesuatu temuduga,
penampilan adalah aspek penting yang perlu dititik beratkan oleh calon.
Ini kerana pandangan pertama penemuduga terhadap calon terutama
menerusi cara berpakaian memberi satu persepsi buat penemuduga terhadap
calon yang akan ditemuduga. Untuk menghadapi temuduga, calon perlu
berpakaian kemas dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki kerana
semua itu dinilai oleh pihak penemuduga. Ini kerana cara berpakaian akan mencermin anda yang sebenarnya.
Bagi calon pekerja lelaki, adalah digalakkan untuk memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher.
Bagaimanapun, cara berpakaian boleh disesuaikan mengikut etika
berpakaian di tempat kerja berkenaan. Bagi calon lelaki, mereka harus
ingat bahawa pemakaian seluar jeans dan baji t-shirt berleher bulat
adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pemilihan kasut juga penting dimana
mereka mestilah memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap dan memakai tali pinggang yang mempunyai warna yang sama dengan kasut.
Selain pemilihan pakaian yang bersesuaian, rambut juga perlu diberi perhatian di mana rambut mestilah pendek dan kemas,
dan sekiranya berjanggut, potongan rapi perlu dilakukan. Lelaki hanya
boleh menggayakan aksesori seperti jam, tali leher dan ‘cuff-link’
manakala pemakaian cincin tidak digalakkan. Harus diingat bahawa
anting-anting bertindik dan bertatoo adalah tidak dibenarkan sama
sekali.
Bagi calon wanita, mereka perlu memakai pakaian yang sepadan dan pastikan pemilihan warna yang sesuai dan tidak memakai pakaian yang berwarna terang. Pakaian yang dipilih mestilah tidak menjolok mata, selain itu tidak boleh berpakaian seperti lelaki dan pastikan anda memakai kasut bertumit.
Calon wanita yang tidak bertudung perlu memastikan rambut mereka kemas dan disisir rapi atau diikat. Sekiranya anda mewarna rambut, pastikan warna rambut tidak menyakitkan mata. Elak mewarna rambut dengan menggunakan pewarna berwarna merah, biru, ungu dan berwarna warni.
Wanita dan aksesori sememangnya tidak boleh dipisahkan, bagaimana untuk memakai aksesori mereka diingatkan supaya tidak memakai secara berlebihan terutamanya barang kemas.
0 comments:
Post a Comment