Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil kira apabila menulis surat resume iaitu:
- Jangan sesekali menghantar resume tanpa surat permohonan
- Jangan bincang gaji yang dinyatakan dalam iklan surat permohonan
- Jangan ulangi maklumat yang sedia ada dalam resume melaikan secara ringkas.
- Jangan berikan gambaran umum tentang kualiti diri kamu dan pekerjaan yang lepas.
- Jangan menyatakan tugas menggunakan kepupayaan kamu, sebaliknya apa yang kamu boleh lakukan dengan tugas itu (jadi seorang yang proaktif bukanya pasif)
- Jangan memberikan maklumat palsu.
- Jangan hantar surat atau resume salinan.
CONTOH SURAT PERMOHONAN
Nama Anda
Alamat surat menyurat
......................................................................................................
Pengurus Besar
Jabatan Sumber Manusia
Kumpulan Kembara Sdn Bhd
Lot 9, Jalan Gembira 8, Seksyen 9,
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan 18 Mac 20..
Tuan/Puan
PERMOHONAN BAGI JAWATAN KOSONG
Saya seperti nama diatas ingin memohon jawatan yang berkaitan dengan komunikasi Massa yang ada di syarikat tuan.
Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan
kehendak jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk bekerja
dengan syarikat seperti syarikat tuan yang mempunyai reputasi cemerlang
dalam bidang komunikasi di Malaysia.
Disini saya sertakan bersama resume. saya amat berbesar hati untuk
menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Sila hubungi
saya di talian .......................... atau..........................
untuk tindakan lanjut.
Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala
kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Sekian Terima Kasih
Yang Benar,
............................................
Nama Anda
Email: namaanda@yahoo.com
_________________________________________________________________
CONTOH SURAT PERMOHONAN BAGI GRADUAN.
Nama Anda
Alamat surat menyurat
No hp
email:
tarikh:
Tuan/Puan,
Saya ada terbaca iklan jawatan kosong mengenai jawatan kosong mengenai
jawatan penganalisis kewangan dipusat kerjaya dan kaunseling di UITM.
Pengalaman semasa belajar dan latihan amali melayakan saya untuk memohon
jawatan ini.
Menurut iklan tersebut, pihak tuan sedang mencari individu yang boleh
menjadi ketua yang mampu menyediakan analisa kuantitatif dan bekerja
dalam pasukan.
Semasa cuti semester, saya menjalani latihan amali di
syarikat................................ Sudah menjadi tanggungjawab
saya disitu untuk mengenalpasti kesalahan didalam pengiraan dan
penjadualan. Dengan menggunakan kemahiran yang didapati melalui kursus
yang mana berkaitan dengan ijazah pengurusan perniagaan, saya mampu
membantu dalam menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh
kumpulan saya. Kemahiran semasa menyertai Persatuan Pelajar di
Universiti sedikit sebanyak membantu saya bekerja dalam pasukan
disamping membantu antara satu sama lain jika diperlukan.
Jika diberi peluang, saya yakin bahawa saya dapat membantu syarikat tuan
sebagai penganalisa kewangan dan seterusnya dapat berkongsi bersama
ilmu yang saya dapat semasa didalam kelas mahupun sewaktu dilatihan
amali. Saya juga berkeyakinan tinggi bahawa kemahiran yang ada pada saya
amat bersesuaian dengan jawatan ini.
Terima kasih di atas pertimbangan pihak tuan dan jasa baik tuan amatlah dihargai.
Sekian, Terima kasih
Yang Benar
..................................
Nama anda.
_________________________________________________________________
CONTOH RESUME
NAMA ANDA
ALAMAT SURAT MENYURAT
TEL RUMAH DAN HP:
NO KP:
FOKUS KERJAYA
Kerjaya dalam bidang Kewartanan Penyiaran
KEKUATAN
Mempunyai inisiatif, ingin tahu, kreatif dan analitikal.
Bersemangat, menawan dan menyakinkan.
Mahir berkomunikasi
Fasih Berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Profesional
PENDIDIKAN
UITM
BA (...............) DISEMBER 20...
CGPA:
KERJA KURSUS
Kewartanan/Sains Politik/Penulisan Kreatif
PENGALAMAN
Nyatakan pengalaman ada bekerja sebelum menghadiri temuduga
RUJUKAN
(Kepilkan segala sijil anda dan yang berkenaan)
_________________________________________________________________
CONTOH RESUME 2
Nama anda
Alamat
Tel Rumah & Hp
No Kp
OBJEKTIF
Mencari jawatan sepenuh masa dengan firma kejuruteraan yang bertaraf
sederhana kepada yang besar untuk membantu dalam penyelarasan projek dan
akhirnya untuk mengurus projek pembangunan dengan memfokuskan kepada
kejuruteraan alam sekitar.
PENDIDIKAN
Memperoleh ......................................................................................
KERJA KURSUS YANG BERKAITAN
Mekanik Tanah.....................................................................................
KEJAYAAN
Ahli Pertubuhan Pelajar asing
Pelajar Terbaik Anugerah............................
KEKUATAN
Kreatif, bekerjasama, kuat bekerja, mahir berkomunikasi dsb............
LOKASI
Malaysia/Sanggup untuk bertugas diluar negara tugasan sementara.
TARIKH BERMULA
Dengan Serta Merta
GAJI
RM...........................(Boleh di runding)
RUJUKAN
Kepilkan yang berkenaan
P/s : Walau apa pun yang anda isikan nanti, pastikan ia padat dan ringkas.
0 comments:
Post a Comment