Breaking News
Loading...

Resume - Cara Mudah Buat Resume

Sunday, March 09, 2014
Kali ini admin nak share kat korang cara nak buat resume dengan mudah, menjimatkan masa dan tidak perlu serabutkan kepala nak buat format atau kedudukan macam mana. Sebab kali ini admin nak kenalkan anda dengan Resume Generator. Dibangunkan oleh Pusat Maklumat Kerjaya JobsMalaysia untuk memudahkan anda menghasilkan resume. Hanya isikan maklumat anda, pilih template dan simpan atau terus print. Mudah bukan?


Jom admin tunjukan..
KLIK DI SINI >>> RESUME GENERATOR
Langkah 1 : Lengkapkan Maklumat
Perkataan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah benar dan tidak mengelirukan majikan.
Pilih maklumat mana yang mahu dimasukkan dengan mengklik checkbox.


Upload gambar terkini anda, lebih baik gambar terkini dan berpakaian sesuai.

Isikan segala maklumat anda hingga ke bawah.


Langkah 2 : Pilih Template

Klik pada thumbnail untuk melihat template.
Pilih Resume yang bersesuaian dengan kerja yang dipohon.
Untuk menggunapakai template, klik pada checkbox, kemudian tekan butang 'Guna Template'.



Selesai pilih template yang anda ingin guna, seterusnya ke Langkah ke 3.. Anda klik Guna Template.

Langkah 3 : Siap

Sila Muat Turun ataupun Cetak Resume yang telah anda hasilkan kerana maklumat anda tidak disimpan didalam database mereka.
Format resume adalah dalam bentuk Adobe Acrobat (PDF)


Selamat mencuba, dan semoga berjaya dalam kerjaya yang anda impikan...

0 comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong Terkini

 
Toggle Footer